Pengguna merupakan kumpulan ekonmi yang paling penting tidakkira sama ada bagi sektor awam ataupun swasta. Merekalah yang menentukan ekonomi sesebuah negara. Bagi menjaga kepentingan kumpulan terbesar ini, hak pengguna telah diwujukan. Terdapat lapan hak pengguna yang diperjuangkan secara universal di seluruh dunia.
Walaupun terdapat undang-undang tertentu yang melindungi hak pengguna, namun para pengguna juga mempunyai tanggungjawab sendiri. Terdapat lima tanggungjawab pengguna yang sebenarnya hendaklah mendahului lapan hak tersebut.
Hak Pengguna
(a) Hak Untuk Mendapatkan Keperluan Asas.
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang sejahtera.
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang sejahtera.
Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
(b) Hak Untuk Mendapatkan Keselamatan.
Pengguna dilindungi daripada kegiatan pemprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang
Pengguna dilindungi daripada kegiatan pemprosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang
boleh membahayakan keselamatan pengguna.
(c) Hak Untuk Mendapatkan Maklumat.
Pengguna hendaklah diberikan maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkan mereka membuat keputusan yang bijak. Pengguna juga hendaklah dilindungi daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang memberikan maklumat yang palsu, menipu dan menyeleweng.

(d) Hak Untuk Membuat Pilihan.
Pengguna dipastikan supaya mendapat maklumat yang mencukupi mengenai pelbagai barang dan perkhidmatan. Maklumat ini penting untuk membolehkan mereka membuat keputusan dalam pembelian dan penggunaan perkhidmatan. Mereka juga perlu diberikan jaminan tentang mutu dan perkhidmatan yang memuaskan dengan harga berpatutan.
(e) Hak Untuk Bersuara.
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna diberikan pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dasar
kerajaan. Begitu juga mereka perlu diberikan tindakan segera dan saksama dalam urusan penyelesaian tebus rugi.
(f) Hak Untuk Mendapatkan Ganti Rugi.
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian barang yang cacat atau berbahaya, ataupun perihal dagangan yang 'mengelirukan' serta mendapat pampasan yang sewajarnya bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.

Ganti rugi perlu diberi bagi barang atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada pengguna
apabila menggunakan barang atau perkhidmatan tersebut berdasarkan panduan yang diberikan oeh pengeluar. Ganti rugi juga hendaklah diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian pengeluar.
(g) Hak Untuk Mendapakan Pendidikan Pengguna.
Pengguna berhak mendapatkan pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan yang sedia ada kurang memberikan penekanan terhadap pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan lebih cenderung untuk melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang beresan, tetapi tidak

menitikberatkan kepada pengetahuan untuk menjadi pengguna yang bijak.
(h) Hak Untuk Mendapatkan Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam suasana alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan wujudnya elemen alam semula jadi yang semakin pupus atau musnah akibat proses pembangunan.

Tanggungjawab Pengguna
1. Kesedaran Untuk Mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau
penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau
penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
2. Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak mereka diberi layanan dengan adil.
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak mereka diberi layanan dengan adil.
3. Tanggunagjwab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab. Begitu juga kesedaran kepada masyarakat supaya tindak-tanduk mereka tidak menimbulkan kesan buruk.
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab. Begitu juga kesedaran kepada masyarakat supaya tindak-tanduk mereka tidak menimbulkan kesan buruk.
4. Kesedaran Persekitaran
Pengguna hendaklah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang kesan alam sekitar akibat daripada amalan penggunaan mereka. Setiap individu perlu sedar tentang tanggungjawab sosial untuk memelihara sumber semula jadi dan melindungi muka bumi untuk keperluan generasi yang akan datang.
5. Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.
Sumber: Kempen Konsumer Kebangsaan 2008-2012.