Piala Dunia 2010 kian menjelang dan kehangatannya kian dirasai. Piala Dunia merupakan satu pesta di mana seluruh dunia akan menyaksikan dan merasai keseronokan perlawanan bola sepak bertaraf dunia bersama.
Namun begitu, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa perjudian bola akan dibenarkan dan diluluskan di seluruh Malaysia. Kelulusan ini bertujuan untuk menumpaskan kegiatan perjudian bola haram yang semakim berleluasa terutamanya semasa Piala Dunia. Kerajaan juga berkata bahawa kelulusan perjudian bola boleh membawa keuntungan yang lumayan kepada kerajaan dengan mengenakan cukai judi.
Adakah lesen judi bola patut diluluskan? Pada pendapat saya, ia tidak patut dan hanya akan menggalakkan perjudian yang tidak terkawal. Perjudian memang boleh menyebabkan kita untung banyak jika kita bertuah, tetapi jika tidak bertuah, nyawa kita yang tergadai.
Banyak contoh yang berlaku di sekeliling kita di mana perjudian menyebabkan banyak orang hutang di sekeliling pinggang dan akhirnya mati ataupun keluarga menjadi porak peranda hanya disebabkan oleh judi.
Selain itu, pemain-pemain telah berlatih bertungkus-lumus untuk mempamerkan satu perlawanan yang menarik dan untuk menguji ketahanan dan kemahiran mereka sendiri. Mereka tidak patut dijadikan sebagai peralatan judi semata-mata untuk memuaskan sikap dan nafsu judi kita. Jikalau sesuatu perlawanan dijadikan sebagai satu perjudian, hilanglah makna sukan dan juga ketarikan perlawanan itu.
Apakah pendapat anda?