Hari Tanpa Beg Plastik

Tahukah anda bahawa beg plastik memerlukan lebih daripada seribu tahun untuk lenyap daripada dunia ini?

Walaupun beg plastik memudahkan hidup kita semasa kita hendak membeli barangan dan juga membungkus makanan, tetapi adakah anda pernah terfikir kesan-kesan beg plastik kepada alam sekitar?

Beg plastik yang memerlukan lebih daripada seribu tahun untuk dilupuskan, akan menjadi sampah sarap dan mermerlukan tempat untuk melupuskannya. Sedihnya, membakar beg plastik bukanlah cara penyelesaian kerana plastik akan melepaskan gas beracun apabila dibakar dan memudaratkan lagi alam sekitar.

Melihat situasi sekarang, mengurangkan penggunaan beg plastik adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, gunakanlah beg kain untuk meletak barangan yang dibeli dan amalkanlah amalan 3R.

Pada awal tahun 2010, Kerajaan Selangor telah melancarkan Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu. Sesiapa yang menggunakan beg plastik pada hari tersebut, akan dikenakan bayaran sebanyak 20 sen. Selangor berhasrat untuk menambah beberapa hari tanpa beg plastik dalam masa yang akan datang.

Usaha sebegini adalah sangat mulia dan berupaya untuk memuliharakan alam sekitar. Jadilah sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab dan amalkanlah amalan tanpa penggunaan beg plastik.
0 Responses

    Aktiviti-aktiviti

    Antarabangsa..

    Pengikut-pengikut