Saban hari, kita dapat dengar tentang kemalangan ngeri yang berlaku di seluruh Malaysia melalui media massa dan juga surat khabar.
Kecederaan dan kematian yang berlaku disebabkan oleh kemalangan adalah tidak terbilang dan biasanya berlaku disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri.
Untuk cepat sampai ke destinasi, pemandu selalu memandu dengan laju dan dengan cara yang bahaya. Ada yang tidak kisah untuk melanggar peraturan jalanraya dan memotong kereta di depannya tanpa menghiraukan kereta yang lain.
Akibatnya ialah peningkatan berita-berita kemalangan yang kita selalu dengar dalam media massa dan hati pilu sebab kehilangan ahli keluarga.
Sebagai seorang pengguna yang bijak dan bertanggungjawab, kita patutlah:
- Patuh kepada peraturan jalanraya pada setiap masa.
- Tidak memotong kereta di depan dengan sesuka hati.
- Mengamalkan cara pemanduan yang berhemah.
- Tidak membuang sampah ke jalanraya.
- Berhentilah semasa lampu isyarat menunjukkan merah.
Ingat kepada ahli keluarga anda yang tersayang! Pandu cermat, nyawa selamat!